Isnin, 31 Ogos 2009

Market Summary

Oil70.14+0.18+0.26%
aug 31. 259 pm.


http://ichart.finance.yahoo.com/instrument/1.0/CLV09.NYM/chart;range=1d/image;size=239x110

Harga petrol



Ogos 31, 09 6:55pm
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.




Ahad, 23 Ogos 2009

Cabalsea



My best screen shot in CabalSea ever...
At lv100+

Doa-doa

Doa Tolak Bala
Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.
Doa Ketika Melihat orang Demam Panas

Ertinya: Dengan nama Allah yang maha agung, kami berlindung kepada Allah yang maha luhur dari kejahatan urat yang berdarah dan dari kejahatan panasnya api neraka.

DoaKetika Ditimpa Sesuatu Musibah
Ertinya: Mencukup Allah bagi agamaku, mencukupi Allah bagi duniaku, mencukupi Allah bagi apa yang menyusahkan aku, mencukupi Allah bagi yang menganiaya aku, mencukupi Allah orang yang berniat jahat kepadaku, tidak ada daya upaya dan tidak ada kuasa melainkan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

ANTARA DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SEMPERNA MEREBAKNYA WABAK H1N1...

Sumber : http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiDoa/SenaraiDoa8.htm

Doa Berbuka Puasa

niat berbuka puasa

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Kalau beramai² ..
Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin

* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.

Doa sesudah berbuka puasa.

Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor dan http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/doa-berbuka-puasa.html

Sabtu, 22 Ogos 2009

JADUAL BULAN PUASA BAGI DAERAH BATANG PADANG

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

petikan dari : http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1430/home.htm

Khamis, 20 Ogos 2009

friend from german


welcome to malaysia my friend. hope you enjoy stay here. Call us again if were return .

Cabal > Where Can You Ran



Peperangan antara 2 negara terbesar dalam cabal online.

Ahad, 16 Ogos 2009

Chat place....

1. http://chatroll.com/

2. http://www.shoutmix.com/

ikut kesukaan pilihan anda...

Hit Count atau kiraan pengunjung

http://www.widgeo.net/

Alat ini lebih baik dari sesetengah hit count yang lain kerana ianya mengira jumlah pengunjung bedasarkan Ip Add. manakalah hit count yang lain mengira berapa kali anda masuk sehinggakan anda refresh puin dikira kemasukan pengunjung.

Text Bergerak.

http://www.textspace.net/lcd_text/

Untuk mencantik atau memodenkan blog anda bolehlah memasukan text2 begerak atau pelagai text yang menarik di alamat web diatas.

Selasa, 11 Ogos 2009

Inginkan waktu solat??

http://www.al-azim.com/masjid/index.php

1. clik pada Waktu Solat.
2. clik pada dokumentasi atau http://www.al-azim.com/~roslan.
3. clikm pada Waktu Solat Harian .
4. Anda boleh ikut cara yang telah disediakan oleh admin.


layarlah web ini....

Isnin, 10 Ogos 2009

Memasukan jam ke dalam blog

anda boleh lah melawat laman ini

http://www.clocklink.com/gallery.php?category=DIGITAL

Rabu, 5 Ogos 2009

closeup


one of my best closeup picture...

gambar ni di ambil kat cameroon highland....

Isnin, 3 Ogos 2009

Laut atau Awan


Inilah keseronokan apabila mengambil gambar kerana kita x tahu apa hasil yg akan diperolehi.
gambar ini di ambil pada waktu petang apa bila matahari separuh ditutupi dengan awan.